Cleanpro Laundry Pass

Jimat lebih banyak dengan pembelian Laundry Passcuci dan keringkan lebih banyak pakaian pada harga berpatutan serta nikmati lebih banyak ganjaran dari Cleanpro Plus! 

Cara Membeli Laundry Pass 

Langkah 1 

Mendaftar sebagai ahli Cleanpro Plus: https://shorturl.at/iFnUq 

 

Langkah 2 

Pilih pakej Laundry Pass yang ingin anda beli.

Langkah 3 
Lakukan pembayaran melalui Cleanpro Plus.

Langkah 4

Nikmati perkhidmatan cucian dan pengeringan di mana-mana cawangan Cleanpro di Malaysia dengan harga diskaun eksklusif! 

Terma & Syarat Peraduan:

Dengan membeli dan/atau menggunakan Cleanpro Laundry Pass, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:

    1. Definisi
      a) "Laundry Pass" merujuk kepada pakej perkhidmatan dobi tertentu yang ditawarkan oleh Cleanpro.
      b) "Pelanggan" merujuk kepada individu yang membeli dan/atau menggunakan Laundry Pass. 
    2. Penerangan Pass
      Laundry Pass adalah pakej promosi yang menawarkan perkhidmatan dobi di mana-mana cawangan Cleanpro di Malaysia sahaja.
    3. Kelayakan
      Laundry Pass sah untuk rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia; dan hanya tersedia untuk ahli Cleanpro Plus.
    4. Kempen Laundry Pass adalah sah dari 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.
    5. Setiap langganan Laundry Pass sah selama 30 hari dari tarikh mula, membolehkan pelanggan menggunakan pakej sehingga 4 kali sehari. Semasa tempoh promosi, pelanggan boleh membeli semula pakej ini tanpa had, tetapi hanya selepas sepenuhnya menggunakan langganan pelanggan yang sedia ada.
    6. Laundry Pass sah untuk cucian sejuk dan pengering bagi mesin hanya dibawah 25kg sahaja. Caj tambahan akan dikenakan untuk setiap cucian suam dan panas, bergantung kepada suhu yang dipilih.
    7. Sesi cucian atau pengeringan yang tidak digunakan dari Laundry Pass tidak boleh dibawa ke pembelian seterusnya, dan tidak boleh dipulangkan, ditukar dengan wang tunai, atau dipindahkan.
    8. Laundry Pass sah hanya untuk mencuci dan/atau mengeringkan barangan dobi standard sahaja (contohnya, pakaian, linen), tidak termasuk barangan besar (contohnya, permaidani), barangan yang sangat kotor (contohnya, tempat tidur haiwan peliharaan), atau barangan khas yang memerlukan rawatan khas.
    9. Laundry Pass boleh dibatalkan dalam tempoh 7 hari pertama langganan untuk pemulangan penuh, dengan syarat pelanggan tidak menggunakan Laundry Pass dalam tempoh ini. Tiada pemulangan atau pemindahan akan diberikan selepas 7 hari pertama.
    10. Proses pemulangan wang mungkin mengambil masa sehingga 21 hari bekerja.
    11. Pelanggan digalakkan untuk memeriksa Cleanpro Plus secara berkala untuk peringatan mengenai tarikh luput pas dobi mereka.
    12.  Promosi ini tidak sah bersama dengan Kempen '10 Percuma 1 e-Stamp’.
    13.  Sebarang penyalahgunaan Laundry Pass akan mengakibatkan pembatalan langganan serta-merta tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Pembayaran untuk Laundry Pass adalah tidak boleh dipulangkan, tidak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tidak boleh dipindahkan.
    14.  Pembayaran mestilah dibuat sepenuhnya semasa langganan melalui Cleanpro
    15.  Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai Laundry Pass, sila emel ke khidmat Pelanggan Cleanpro di [email protected].
    16.  Cleanpro berhak untuk mengubah terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.